UGC vs Video Iklan Biasa – Mana Lagi Convert?

boost sales with tiktok

Dalam dunia digital hari ini, hampir semua brand tahu bahawa video marketing adalah senjata utama untuk tarik perhatian dan naikkan jualan. Tapi ramai masih keliru – patut guna video iklan biasa atau UGC (User-Generated Content)? Kalau anda masih ragu-ragu, jom kita bedah satu-satu dan tengok mana satu sebenarnya lebih tinggi conversion rate.

🎬 Apa Itu Video Iklan Biasa?

Video iklan biasa biasanya:

  • Dirakam secara profesional

  • Punya skrip formal & polished

  • Nampak macam iklan TV

  • Ada shot produk, manfaat, dan CTA yang direct

Contoh:
“Sabun A ini mengandungi bahan semula jadi. Ia mampu membersihkan kulit anda dengan berkesan. Dapatkan sekarang di Shopee!”

Kelebihan:

  • Visual cantik & branding jelas

  • Nampak profesional

  • Sesuai untuk TV atau billboard digital

Kekurangan:

  • Nampak macam “iklan” → mudah di-skip

  • Kurang elemen trust dari pengguna sebenar

  • Tak cukup engaging di platform seperti TikTok

📱 Apa Itu UGC (User-Generated Content)?

UGC ialah video yang:

  • Dibuat oleh “pengguna sebenar” (atau nampak macam pengguna sebenar)

  • Gaya lebih santai, natural, macam kawan share

  • Fokus pada pengalaman sebenar guna produk

Contoh:
“Okay guys, aku baru cuba serum ni – tak sangka baru 5 hari jerawat aku kecut! Memang wajib repeat…”

Kelebihan:

  • Nampak real & relatable

  • Tingkatkan trust – macam review jujur

  • Lebih tinggi CTR & CVR di TikTok & IG

  • Sesuai sangat untuk Spark Ads & TikTok Shop

Kekurangan:

  • Kualiti video mungkin tidak sepolished

  • Perlukan skrip pandai main emosi & hook

📊 Jadi, Mana Lagi Convert?

Berdasarkan data industri dan pengalaman klien kami sendiri:

Jenis Video

CTR (Click-Through Rate)

Conversion Rate

Video Iklan Biasa

0.5% – 1.2%

0.3% – 0.8%

UGC (Real User Feel)

1.8% – 4.5%

1.5% – 3.8%

🚀 Bila Patut Guna UGC?

  • Bila target customer suka tengok review

  • Bila nak naikkan TikTok Shop conversion

  • Bila nak buat retargeting ads yang lebih soft

  • Bila produk anda perlu “trust” tinggi (e.g. skincare, health, supplement)

🎯 Strategi Terbaik? Gabung Kedua-dua!

Gunakan UGC sebagai front-end ads (untuk tarik perhatian)
+
Gunakan video iklan biasa sebagai backend (explain details, CTA keras)

Kalau anda masih guna video biasa yang terlalu formal dan scripted, mungkin dah sampai masa untuk tukar angin. UGC bukan trend – ia proven method untuk convert.

Dan jika anda nak team yang boleh hasilkan UGC yang real, engaging dan siap untuk run Spark Ads, Unisync Digital adalah partner terbaik anda.

Share the Post:

Related Posts

Join Our Newsletter